Salam sejahtera,
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Ini adalah blog ecards kedua saya. Blog ini baru bermula di internet. Saya melakukan set up blog ini pada 08.01. 2010. Post pertamanya pada 09.01.2010. Sekarang saya sedang melakukan optimasi dalaman pada blog ini dan melengkapkan 6 plug in untuk membantu optimasi blog.
Blog ini saya buat bagi memenuhi permintaan ecard tempatan dan global yang semakin meningkat. Janganlah terkejut jika anda dapati post blog ini akan bercampur aduk menggunakan English dan Bahasa Malaysia. Saya akan cuba menghasilkan ecard yang bercirikan Malaysia.
Saya berharap dapat meletakkan blog ini di first page dalam tempoh enam bulan dan mencapai PR1 dalam tempoh yang sama.
Cara mengguna blog ini :
i- Cari tema yang anda mahu berdasarkan post( sekarang ini hanya ada birthday card sahaja ).
ii- Pilih grafik yang anda suka dan klik pada grafik tersebut.
iii- Isi maklumat yang diperlukan dan tick pada kotak kecil di bawahnya.
iv- Klik ‘Send’.
Semoga anda beroleh manfaat dari blog ini. Gunakan secara berhemah.
